Kata orang jauh berjalan, luas pemandangan. Banyak ilmu dapat diperoleh jika kita merantau ni. Apa yang banyak didengar dan dibaca, kadangkala tidak sama dengan pengalaman sendiri merantau ketempat-tempat yang lain dari kebiasaan kita berada. Pernah suatu ketika saya berjalan seorang diri, melewati jarak yang agak jauh pada saya, maklumlah jarang keluar berjalan lebih jauh sebegini. Kalau nak kata penat, memanglah penat, tapi seronok. Dapat melihat suasana damai di tempat orang.
Pada waktu berjalan jauh sebegini, terlupa pula nak bawa kamera. Sekurang-kurangnya kalau ada kamera boleh juga merakam gambar buat kenang-kenangan. Kalau jumpa orang bolehlah cerita, kita pergi ke tempat tu, ke tempat ni. Tapi, kalau tidak ada bukti, jarang benar orang nak percaya.
Masa dulu-dulu, saya cuma ada kamera lama, itu pun masih guna filem lagi. Sekarang ini, okey jugak dah pakai kamera digital. Boleh rakam suasana pemandangan yang cantik-cantik, seronok. Kalau ada yang berkenan, boleh buat Masterpiece Artwork. Minat pada yang cantik-cantik, kata orang dah semula jadi. Setiap orang tak sama minatnya, apa yang boleh kita buat, pertingkatkan kemahiran dan tambah ilmu, mudah-mudahan boleh memanfaatkan minat tu untuk sumber pencarian. Untung-untung boleh murah rezeki dengan kerja keras kita melalui pekerjaan yang halal.
Isnin, 8 Mac 2010, 7.03 mlm
Penulis: Mohd Nazir
Editor: Pn. Azlina