Artikel
Hadis Nabi S.A.W
Video Cara-cara Melukis
Kedamaian impian bagi setiap orang
Di mana masa dihabiskan
Galeri Seni
Laman Utama
Alam Semula Jadi
Pemandangan
Makanan dan Minuman
Potret Hitam Putih
Potret Digital
Alam Semula Jadi Hitam Putih
Abstrak Ekspressionis
Hiasan Dalaman
Profil
Berkenaan Kami
Emel Pelukis
Bahan Melukis
Harga Potret
Harga Pemandangan
Buku Pelawat
Pautan Lain
 
 
Pena
Di mana masa dihabiskan

Malam ni setelah agak letih dengan kerja seharian sama ada di pejabat atau di kolej, saya merehatkan minda dengan melayan internet sebentar melihat emel, barangkali ada mesej baru di kotak inbox saya. Oh.. ada juga maklum balas daripada kawan-kawan dengan memberi sepatah dua kata pada ruangan komen di laman sosial FaceBook. Terasa dunia ni kecil sangat, mana pun kita berada dapat disatukan dalam teknologi komunikasi seperti internet ini. Inilah dia zaman siber, apabila datang yang baik, disusuli pula dengan sebaliknya. Bagi yang mengetahui kelebihan yang ada pada teknologi ini, sentiasa berlumba-lumba membuat keuntungan.

Dunia oh dunia, ini ujian yang boleh dikatakan agak berat juga. Segala yang ada dibentangkan di depan mata. Takut-takut yang tak kuat iman di dada, mudah sekali terjerumus. Orang yang tiada ilmu mengenal sesuatu, pasti terpedaya dengan pelbagai rangsangan pada medium sebegini.

Pernah juga bila kita melayari laman sesawang yang terdapat di ruangan maya ini, tak terasa apabila sudah terlalu lama masa dihabiskan. Pada yang membuat pekerjaan, pembelajaran, atau perkara yang seangkatan dengannya tidak mengapa. Tapi, apa kesannya pada mereka yang terpedaya dengan keseronokan yang melalaikan itu. Sudahnya, kerugianlah pada yang empunya diri. Siapa yang memakan cili, dialah yang terasa pedasnya.

Cuba kita menilai diri sendiri, sejauh mana masa boleh dimanfaatkan. Bukannya apa... nanti kelak akan dipersoalkan tentang masa yang telah kita habiskan didunia.


Selasa, 9 Mac 2010, 11.02 mlm
Penulis: Mohd Nazir
Editor: Pn. Azlina
 
Aktiviti

Tempahan Lukisan
Saya sedia menerima tempahan bagi lukisan dan catan.

Pengiklanan

 
Tarikh akhir kemaskini Artikel (Di mana masa dihabiskan) : Rabu 10-03-2010 20:26:00

Dikira sejak 8 Mac 2010: